Malaysia tidak bayar sebarang tol lalui Selat Hormuz - Fahmi
Kerajaan menegaskan Malaysia tidak membayar sebarang tol bagi laluan kapal PETRONAS melalui Selat Hormuz, sekali gus menafikan dakwaan tular di media sosial.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibentangkan PETRONAS dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Selasa.