Iran tidak akan patuhi MoU jika tiada manfaat kepada Tehran
Ketua perunding Iran Mohammad Baqer Qalibaf menegaskan Tehran tidak mempunyai sebab untuk terus mematuhi memorandum persefahaman dengan Amerika Syarikat jika ia gagal memberi manfaat kepada Iran. Beliau turut menekankan kepentingan Selat Hormuz terhadap keselamatan negara.