Jadi operator penerokaan minyak dan gas Blok 18 Oman
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikat milik penuhnya, PC Oman Ventures Ltd (PCOVL), menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan Oman dan OQ Exploration and Production Batinah Offshore LLC (OQEP) sebagai rakan kongsi penerokaan minyak dan gas di Blok 18.