Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 November 2026.

  1. BN digesa dedah senarai penderma denda RM50 juta Najib

    Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka Adam Adli Abd Halim gesa BN dedahkan senarai penderma yang membantu Najib Razak melunaskan bayaran denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

  2. Peguam Harith Iskander mahu tarik diri kes 'body shaming' Rosmah

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 November ini bagi pendengaran permohonan peguam kepada Harith Iskander yang berhasrat untuk menarik diri daripada mewakili pelawak itu.

  3. Peletakan jawatan Anthony Loke belum diputuskan - PM Anwar

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum membuat sebarang keputusan berhubung peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, meskipun sudah menerima surat rasmi daripada pemimpin DAP itu.

  4. Polis perlu bertindak tegas terhadap penjenayah - Anwar

    Anggota keselamatan perlu menggunakan segala peruntukan undang-undang yang tersedia bagi menangani ancaman jenayah, terutama apabila berdepan situasi mengancam nyawa ketika bertugas.

  5. Kerajaan teliti kesan gangguan Microsoft 365 terhadap kementerian, jabatan - Fahmi

    Kerajaan sedang meneliti kesan gangguan global perkhidmatan Microsoft 365 terhadap operasi setiap kementerian dan jabatan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil. 

  6. PRN Melaka: ILHAM Centre ramal BN–PN kuasai 24 kerusi DUN

    Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mendominasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila firma penyelidikan ILHAM Centre mengunjurkan gabungan itu mendahului persaingan di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

  7. Titah pengampunan Najib: UMNO beri empat pilihan kepada DAP termasuk bubar Parlimen - Azalina

    UMNO mengemukakan empat pilihan kepada DAP bagi menyelesaikan perbezaan pendirian dalam Kerajaan Perpaduan susulan isu pengampunan bersyarat serta tahanan di rumah melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

  8. Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi meninggal dunia

    Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Jumaat.

  9. PRN Melaka: SPR sasar 70 peratus keluar mengundi, pemilih dinasihat hadir awal

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 70 peratus pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

  10. PM Anwar menduduki tempat ke-13 dalam 'The World's 500 Most Influential Muslims' edisi 2027

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-13 dalam edisi 2027 "The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims", diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) yang berpangkalan di Jordan.

Must Watch Video

Advertisement