Skip to main content

Malaysia

PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Zahidi Zainul Abidin

Anwar mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan mengurniakan rahmat ke atas rohnya. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Anwar mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan mengurniakan rahmat ke atas rohnya. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan mengurniakan rahmat ke atas rohnya.

"Semoga keluarganya diberi kekuatan saat ini dan tabah dengan dugaan yang maha berat ini," katanya.

Advertisement

Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Zahidi, yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Besar.

"Bagi pihak seluruh warga Kementerian Komunikasi, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

Advertisement

"Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini," katanya.

Fahmi turut mengajak orang ramai mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, jenazah Zahidi, 65, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas solat Isyak.

  -- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement