Skip to main content
Advertisement
Kawasan kejadian terpencil, sukarkan operasi bantuan - Polis

Kawasan kejadian terpencil, sukarkan operasi bantuan - Polis

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan nahas helikopter di Ulu Baram, Sarawak masih diusahakan memandangkan kawasan kejadian agak terpencil dan mengambil masa lebih kurang 10 jam perjalanan darat dari Marudi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, perkhidmatan udara menggunakan helikopter juga tidak dapat dilakukan kerana cuaca berjerebu dan tidak mendapat kebenaran terbang oleh CAAM dari Pengkalan Udara PDRM Kuching.