Skip to main content
KDN salur RM429 juta untuk kebajikan anggota di Johor

KDN salur RM429 juta untuk kebajikan anggota di Johor

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan lebih RM429 juta bagi meningkatkan kebajikan anggota dan memperkukuh keupayaan operasi agensi penguatkuasaan di Johor. Peruntukan itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Penjara Malaysia menerusi pelbagai projek pembangunan, naik taraf kemudahan serta penambahbaikan infrastruktur operasi.