Kedatangan Netanyahu ke White House dikecam rakyat AS
Sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di hadapan White House bagi membantah pertemuan antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Bantahan itu turut menyaksikan kritikan terhadap tindakan Israel di Gaza, ketika Netanyahu berdepan tekanan berhubung isu konflik Iran dan kritikan daripada sebahagian penyokong Trump yang menolak penglibatan lebih mendalam Washington di Asia Barat.