Keperluan MBPK tidak boleh dinilai melalui angka semata-mata
Peningkatan jumlah murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh dalam penyediaan sokongan pendidikan. Ketua Program Pendidikan Khas UKM, Dr. Mohd Norazmi Nordin berkata keperluan MBPK tidak boleh ditentukan berdasarkan nisbah guru dan murid semata-mata kerana setiap murid mempunyai tahap sokongan yang berbeza.