Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak kemungkinan data pelarian yang dikumpulkan menerusi Sistem DPP digunakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor ekonomi tempatan.
Langkah itu boleh dipertimbangkan dengan mengenal pasti pelarian dalam usia produktif yang melepasi tapisan keselamatan, susulan keperluan tenaga kerja dalam sektor pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan.