Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina
Pasukan Pengurusan Krisis di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menafikan laporan media Filipina yang mendakwa Malaysia menghantar 329,000 tong diesel ke negara itu. Menerusi kenyataan MTEN pada Sabtu, semakan awal mengesahkan diesel berkenaan bukan berasal dari Malaysia.