Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut dengan 16 kesan tetakan - Polis

Adzli berkata hasil siasatan dan risikan mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam serta perebutan kawasan. - Gambar fail/Bernama
Adzli berkata hasil siasatan dan risikan mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam serta perebutan kawasan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Pekan Lama, Kuala Ketil, Baling, tengah malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

"Hasil pemeriksaan awal pihak forensik mendapati si mati mengalami kecederaan di bahagian kaki, tangan, lutut serta belakang leher. 

Advertisement

"Terdapat sebanyak 16 kesan tetakan dan hampir putus disebabkan ditetak dengan menggunakan parang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata hasil siasatan dan risikan mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam serta perebutan kawasan.

Advertisement

"Maklumat orang awam menyatakan mereka melihat empat lelaki bersenjatakan parang turun daripada sebuah kereta jenis Proton Persona sebelum mengejar dan menyerang mangsa.

"Suspek terbabit dikatakan telah mengejar dan terus menetak mangsa di tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement