Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 November 2026.

  1. Aliran deras, air pasang besar dan hujan lebat punca benteng RTB Bukit Changgang pecah

    Benteng di RTB Bukit Changgang, Kuala Langat pecah akibat aliran air deras, air pasang besar dan hujan lebat, menyebabkan banjir pada Rabu.

  2. AS cadang tarif sehingga 18 peratus ke atas barangan Malaysia susulan siasatan Seksyen 301

    Malaysia antara 14 ekonomi yang terlibat, dengan tarif dicadangkan antara 15 hingga 35 peratus, tertakluk kepada pengecualian produk tertentu.

  3. Najib tarik balik permohonan kembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas

    Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan saman sivil RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

  4. Tiga tan dadah diseludup menerusi dua pangkalan TUDM sejak 2024 - Saifuddin

    Tiga tan dadah disyaki jenis methamphetamine (syabu) bernilai RM156 juta dikenal pasti telah diseludup keluar melalui dua pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sabah dan Labuan sejak Ogos 2024, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

  5. Anwar Ibrahim pemimpin ke-8 paling berpengaruh di rantau Asia

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menduduki tempat kelapan dalam senarai pemimpin paling berpengaruh di Asia dengan skor 46 berdasarkan kajian Asia's Most Influential Leaders yang memetik penarafan oleh ABC Asia.

  6. Zahid serah keputusan kedudukan MB Negeri Sembilan kepada istana

    Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan sepenuhnya kepada Istana Negeri Sembilan untuk mengumumkan keputusan hasil pertemuan bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada Khamis.

  7. Malaysia jangan selesa dibuai keamanan, sedia ancaman luar jangka - PM Anwar

    Malaysia tidak boleh terlalu selesa dengan keamanan yang dinikmati ketika ini sehingga memandang ringan ancaman keselamatan di luar jangkaan.

  8. Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027

    Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027, selepas dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Okt lepas.

  9. Istiadat angkat sumpah Exco Negeri Sembilan jam 10.45 pagi esok

    Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan akan berlangsung pada jam 10.45 pagi esok (Jumaat) di Istana Besar Seri Menanti.

  10. Bekas Peguam Negara, Gani Patail meninggal dunia

    Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dilaporkan meninggal dunia pada Khamis malam.

Must Watch Video

Advertisement