Kerajaan terus beri dukungan kepada pelaburan berkualiti tinggi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S) Dr Michael Mertin bagi membincangkan perkembangan semasa operasi syarikat AT&S Malaysia di Kulim, Kedah.