Tiada rundingan pelaburan Malaysia-Taiwan digantung - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan bahawa rundingan pelaburan antara Malaysia dan Taiwan digantung susulan kenyataannya berhubung Dasar Satu China.
“Rundingan pelaburan yang digantung tidak ada,” tegas PM ketika menjelaskan bahawa hanya mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi yang ditangguhkan sebelum ini.