Hutang baharu berkurang, perbelanjaan kerajaan terus meningkat – PM Anwar
Kerajaan menanggung perbelanjaan melebihi RM74 bilion bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kenaikan gaji penjawat awam serta subsidi tambahan, meskipun usaha mengurangkan pinjaman baharu diteruskan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbelanjaan itu masih dapat dikawal menerusi langkah mengelakkan ketirisan selain penggunaan dana kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).