Skip to main content

Advertisement

Kereta rosak dihempap pokok di Seri Kembangan, Putrajaya

Kereta rosak dihempap pokok di Seri Kembangan, Putrajaya

Beberapa buah kenderaan dilaporkan rosak selepas dihempap pokok tumbang akibat ribut kuat dalam kejadian di laluan berhampiran Masjid Universiti Putra Malaysia, UPM, petang Sabtu. Insiden itu menyebabkan laluan utama terhalang sebelum pihak bomba menjalankan operasi pembersihan. Tiada kecederaan dilaporkan. Kejadian sama turut berlaku di sekitar Putrajaya susulan cuaca tidak menentu.