KPDN buka tuntutan balik diesel syarikat tanpa kad fleet
Kerajaan akan membuka permohonan tuntutan bayaran balik tunai diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) mulai 1 Julai bagi syarikat pengangkutan yang layak di Sabah, Sarawak dan Labuan yang masih belum menerima kad fleet.