Skip to main content
Advertisement
KPM lulus RM2 juta bagi pembaikan segera bumbung SMK Juasseh runtuh

KPM lulus RM2 juta bagi pembaikan segera bumbung SMK Juasseh runtuh

Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan peruntukan RM2 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kerja-kerja pembaikan segera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh, Negeri Sembilan susulan kejadian bumbung sekolah itu yang runtuh pada 18 Ogos lepas.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah itu tidak boleh dikompromi.