KPT pantau rapi keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pengajian di Asia Barat susulan konflik di rantau berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya akan mendapatkan panduan daripada Kementerian Luar bagi memastikan sebarang tindakan sewajarnya dapat diambil sekiranya keadaan memerlukan.