Skip to main content
Advertisement
Laluan Kuala Kedah-Langkawi disasar tambah dua trip sehari mulai suku keempat 2027

Laluan Kuala Kedah-Langkawi disasar tambah dua trip sehari mulai suku keempat 2027

Kekerapan perkhidmatan feri bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi disasarkan meningkat sebanyak dua trip sehari bermula suku keempat 2027.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, penambahan itu akan dilaksanakan seiring dengan penyiapan sepenuhnya projek meroboh, membina semula dan menaik taraf Terminal Penumpang RoRo Kuala Kedah.

Pelaksanaan projek berkenaan dijangka meningkatkan keupayaan operasi terminal, sekali gus menyokong penambahan kekerapan perjalanan bagi laluan berkenaan.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat