Skip to main content
Advertisement
Lebih 100 jasad warga Gaza dikebumikan selepas tiga tahun

Lebih 100 jasad warga Gaza dikebumikan selepas tiga tahun

Upacara pengebumian beramai-ramai diadakan di Gaza City pada Khamis, membabitkan 105 jasad rakyat Palestin yang ditemui di bawah runtuhan sebuah bangunan kediaman yang musnah dalam serangan Israel pada Oktober 2023.

Kesemua jasad itu baru dapat dikeluarkan selepas operasi menyelamat ketika serangan berlaku tiga tahun lalu terhalang apabila jentera berat mereka turut diserang rejim Israel.