Skip to main content

Dunia

Perancis kuat kuasa larangan sementara produk piroteknik susulan protes

Demonstrasi bermula di Perancis pada pertengahan September apabila pelajar sekolah menengah turun ke jalanan di pinggir bandar Paris bagi menuntut penambahbaikan keadaan sekolah. - Gambar fail/ AP
Demonstrasi bermula di Perancis pada pertengahan September apabila pelajar sekolah menengah turun ke jalanan di pinggir bandar Paris bagi menuntut penambahbaikan keadaan sekolah. - Gambar fail/ AP
Advertisement

MOSCOW: Kerajaan Perancis mengenakan larangan sementara terhadap penjualan dan penggunaan bahan piroteknik susulan demonstrasi yang masih berterusan, menurut notis yang diterbitkan dalam warta rasmi negara itu pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Perdana Menteri menetapkan bahawa penjualan dan penggunaan bahan piroteknik serta bunga api untuk tujuan hiburan dilarang di seluruh negara sehingga 27 Nov, termasuk tarikh berkenaan,” menurut notis itu.

Dokumen berkenaan menyenaraikan jenis bahan piroteknik berisiko rendah dan sederhana yang tertakluk kepada sekatan itu.

Advertisement

Bagaimanapun, larangan tersebut tidak terpakai kepada pertunjukan piroteknik profesional yang memerlukan permit bersesuaian.

Sekatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement

Demonstrasi bermula di Perancis pada pertengahan September apabila pelajar sekolah menengah turun ke jalanan di pinggir bandar Paris bagi menuntut penambahbaikan keadaan sekolah.

Mereka kemudian disertai orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang, sebelum demonstrasi itu merebak ke wilayah lain.

Demonstrasi terbesar di seluruh negara berlangsung pada 17 Okt, dengan penyertaan kira-kira 550,000 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Anggota penguat kuasa undang-undang Perancis menggunakan gas pemedih mata, bom tangan pegun dan meriam air terhadap penunjuk perasaan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement