Skip to main content
Advertisement
Lebih 550 syarikat Eropah di Selangor jana RM51 bilion setahun

Lebih 550 syarikat Eropah di Selangor jana RM51 bilion setahun

Lebih 550 syarikat Eropah yang beroperasi di Selangor menjana lebih RM51 bilion setahun, mencerminkan hubungan pelaburan yang kukuh antara negeri itu dengan komuniti perniagaan Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kesatuan Eropah-Malaysia (EUROCHAM Malaysia), Kati Ferry berkata, lebih 1,800 syarikat Eropah turut beroperasi di seluruh Malaysia, sekali gus memperlihatkan keyakinan pelabur terhadap potensi ekonomi negara.