42 projek e-bida FiT diluluskan, jana RM4.3 bilion
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sebanyak 42 projek tenaga boleh baharu (TBB) dengan kapasiti keseluruhan 331.355 megawatt (MW) diluluskan menerusi pusingan e-bida Tarif Galakan (FiT) 2026, sekali gus dijangka menjana pelaburan kira-kira RM4.3 bilion.