Lelaki melecur hampir 20 peratus, tiga rumah dan surau terbakar
Seorang lelaki berusia 31 tahun mengalami kelecuran hampir 20 peratus selepas tiga rumah dan sebuah surau musnah dalam kebakaran di Kampung Lubok Setol, Rantau Panjang. Kejadian turut memusnahkan sebuah kereta dan punca masih dalam siasatan.