Seorang lelaki berusia 26 tahun dikhuatiri lemas selepas tercampak ke dalam Sungai Kobat, Kuantan, apabila bot dinaikinya merempuh bongkah kayu. Mangsa, Muhammad Firdaus Zuharsema, gagal diselamatkan rakan akibat arus deras. JBPM Pahang telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.