Skip to main content
Advertisement
MAHB sambut baik saringan fizikal bersasar

MAHB sambut baik saringan fizikal bersasar

Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pembahagian peranan dan akauntabiliti lebih jelas menerusi National Immigration Command Centre (NICC) serta Jawatankuasa Teknikal Bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan (KDN-MOT), akan memudahkan pelaksanaan secara lebih bersepadu.

Pendekatan itu turut melibatkan pegawai perhubungan yang dilantik daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), PDRM, JKDM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), selain MAHB menerusi fungsi operasi serta AVSEC.