Skip to main content

Malaysia

ZAYAN anjur Majlis Tahnik Perdana bersama Hospital Pakar An-Nur Bangi

Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program Majlis Tahnik Perdana ZAYAN di Bangi semalam. - Foto ZAYAN
Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program Majlis Tahnik Perdana ZAYAN di Bangi semalam. - Foto ZAYAN
Advertisement

KUALA LUMPUR: Stesen radio ZAYAN meneruskan usaha mendekati komuniti menerusi penganjuran Majlis Tahnik Perdana bersama ZAYAN, dengan kerjasama Hospital Pakar An-Nur Bangi.

Pengurus Jenama ZAYAN Zureen Azendi berkata, sambutan yang diterima membuktikan program berteraskan nilai kekeluargaan dan keagamaan terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Alhamdulillah, kami amat bersyukur dengan sambutan yang diterima bagi Majlis Tahnik Perdana ZAYAN.

Advertisement

“Penyertaan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa, selain melihat kegembiraan mereka sepanjang majlis berlangsung, memberikan satu pengalaman yang cukup bermakna buat seluruh warga ZAYAN,” katanya.

Program berkenaan menghimpunkan hampir 100 bayi yang dipilih untuk menyertai majlis istimewa tersebut, sekali gus memberi peluang kepada ibu bapa dan keluarga berkongsi pengalaman bermakna dalam suasana penuh keberkatan.

Advertisement

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil, yang meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan.

Menurut Zureen, program itu bukan sekadar acara komuniti tetapi platform untuk ZAYAN berkongsi kegembiraan bersama para pendengar serta keluarga mereka.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Hospital Pakar An-Nur Bangi atas kerjasama yang diberikan serta Ahmad Fauwaz yang sudi menghadiri majlis berkenaan.

Zureen berkata ZAYAN berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti dan pendengar.

ZAYAN merupakan salah satu daripada 13 rangkaian di bawah Astro Audio dan dikenali sebagai stesen radio berbahasa Melayu yang memberi fokus kepada kandungan nasyid serta muzik kerohanian.

Must Watch Video

Advertisement