Malaysia dan Lubnan komited perkukuh kerjasama pertahanan selepas MALBATT
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia dan Lubnan komited untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan walaupun penugasan MALBATT di bawah UNIFIL bakal berakhir. Kedua-dua negara turut membincangkan cadangan MoU pertahanan dan peluang latihan melalui Program Kerjasama Pertahanan Malaysia.