Malaysia terus perkukuh kerjasama dengan Ethiopia
Malaysia dan Ethiopia bertekad memperkukuh kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan sektor utama lain. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan meneroka pasaran baharu, manakala Ethiopia berhasrat mempelajari kejayaan perindustrian Malaysia. Kedua-dua negara turut menandatangani MoU melibatkan kesihatan, perkhidmatan udara dan pelancongan.
