Malaysia kekal destinasi mesra Muslim terbaik 11 tahun berturut-turut
Malaysia sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pelancongan mesra Muslim apabila dinobatkan sebagai Destinasi Mesra Muslim Terbaik (OIC) dalam Global Muslim Travel Index 2026.
Pengiktirafan itu diumumkan dalam majlis Halal in Travel Awards di Singapura pada Khamis, sekali gus menandakan tahun ke-11 berturut-turut Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai ekosistem pelancongan mesra Muslim terbaik di dunia.