Malaysia, Pakistan gesa pihak terlibat hentikan serangan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Pakistan Shehbaz Sharif pada Khamis menyuarakan kebimbangan terhadap situasi yang semakin meruncing di Asia Barat susulan serangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.