MB Johor nafi gangguan air akibat pembangunan pusat data
Onn Hafiz menegaskan gangguan air di Simpang Renggam dan Benut berpunca daripada kemarau serta paras sumber air menurun, bukan pembangunan pusat data. Penjadualan Bekalan Air Berjadual turut ditamatkan selepas operasi loji kembali stabil.