Mohamed Ismi dilantik CEO baharu Felcra, TPM harap organisasi terus diperkukuh
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pelantikan Mohamed Ismi Abdul Majid sebagai CEO baharu Felcra Berhad dapat memperkukuh keupayaan organisasi tersebut. Mohamed Ismi membawa pengalaman luas dalam pengurusan, perakaunan dan kewangan untuk dimanfaatkan dalam agenda transformasi Felcra. Beliau menggantikan Datuk Idris Lasim yang bersara selepas lebih 30 tahun berkhidmat.