Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia memerlukan lebih ramai bakat STEM bagi membina negara yang lebih berdaya saing, inovatif dan berdaya tahan.
Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia perlu menjadi pencipta teknologi dan bukan sekadar pengguna teknologi.