Obesiti kini mengatasi kekurangan berat badan dalam kalangan kanak-kanak usia sekolah di peringkat global, menandakan perubahan besar dalam cabaran pemakanan dunia. Di Malaysia, peningkatan obesiti kanak-kanak bukan sahaja menjejaskan kesihatan generasi muda, malah berpotensi meningkatkan kos rawatan penyakit tidak berjangkit dan menambah beban ekonomi negara pada masa hadapan.