PAC menegaskan Felcra perlu menilai semula sasaran bank tanah 30,000 hektar selepas hanya mencapai 13% menjelang 2025, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kemampuan syarikat menampung kos operasi jangka panjang. Laporan turut mendedahkan pembelian ladang tanpa penilaian usaha wajar luar serta risiko pulangan pelaburan yang panjang sehingga 22 tahun.