Pesawah gesa semak semula harga lantai padi
Menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) mencadangkan agar kerajaan meneliti semula kadar harga lantai padi. Harga lantai semasa sebanyak RM1,500 per metrik tan didakwa tidak mencukupi untuk menampung kos pengeluaran yang kini mencecah RM5,500 bagi setiap hektar.