Panasonic Beauty lancar dua inovasi penjagaan rambut di KLFW
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 menjadi pentas pelancaran global dua inovasi premium terbaharu Panasonic Beauty iaitu nanocare Hair Dryer EH-NB70 dan nanocare Hair Straightener EH-HN30 sekali gus mencerminkan keyakinan syarikat itu terhadap pasaran Malaysia, selain menggabungkan teknologi kecantikan Jepun, sains penjagaan rambut dan kulit kepala serta dunia fesyen dalam satu platform.