Korea Selatan rancang perluas misi berhampiran Selat Hormuz
Korea Selatan merancang memperluas misi anti-lanun di perairan Somalia ke kawasan berhampiran Selat Hormuz dengan mengerahkan aset ketenteraan tambahan, termasuk pesawat rondaan maritim dan pasukan pemusnah bahan letupan (EOD), menurut pegawai pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.