Skip to main content

Advertisement

Panggilan khas bomba bawa kepada penemuan mayat lelaki

Panggilan khas bomba bawa kepada penemuan mayat lelaki

Satu panggilan perkhidmatan khas pasukan bomba untuk membuka pintu sebuah rumah berkunci di Taman Tempua, Bandar Puchong Jaya pada Ahad membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan berusia sekitar 50-an. Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.