Skip to main content
Advertisement
Pantau Belanjawan: Kerja Hibrid | Fleksibiliti tanpa jejas produktiviti

Pantau Belanjawan: Kerja Hibrid | Fleksibiliti tanpa jejas produktiviti

Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) kini dilaksanakan dalam sektor awam dengan pendekatan tiga hari di pejabat dan dua hari bekerja dari rumah atau lokasi alternatif. Mampukah model kerja ini meningkatkan produktiviti, mempercepat pendigitalan serta memodenkan budaya kerja tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat? Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Antarabangsa Malaya-Wales, Dr. Roselina Ahmad Saufi mengupas cabaran dan peluang kerja hibrid dalam membentuk sektor awam yang lebih cekap dan berdaya saing.