Skip to main content

Dunia

Ketibaan pelancong di Angkor merosot dua angka dalam tempoh 10 bulan pertama 2026

Bagi Oktober sahaja, ketibaan pelancong antarabangsa menurun 6.7 peratus kepada 56,186 orang berbanding bulan sama tahun lepas. - Foto fail/REUTERS
Bagi Oktober sahaja, ketibaan pelancong antarabangsa menurun 6.7 peratus kepada 56,186 orang berbanding bulan sama tahun lepas. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

PHNOM PENH: Taman Arkeologi Angkor yang terkenal di Kemboja mencatatkan penurunan dua angka ketibaan pelancong antarabangsa dan hasil pendapatan dalam tempoh 10 bulan pertama 2026, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, lapor Xinhua.

Taman berkenaan menerima 566,714 ketibaan pelancong asing dalam tempoh itu, merosot 26 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas manakala hasil jualan tiket berjumlah AS$27 juta, susut 24 peratus tahun ke tahun.

Bagi Oktober sahaja, ketibaan pelancong antarabangsa menurun 6.7 peratus kepada 56,186 orang berbanding bulan sama tahun lepas, menurut kenyataan itu.

Advertisement

Timbalan Pengarah Pusat Pengajian China-ASEAN di Universiti Teknologi dan Sains Kemboja Thong Mengdavid optimis jumlah pengunjung akan kembali meningkat dalam beberapa tahun akan datang, susulan usaha berterusan kerajaan negara itu untuk membanteras rangkaian penipuan dalam talian.

"Apabila kita mengurangkan halangan perjalanan dan secara aktif menangani kebimbangan berkaitan keselamatan, daya tarikan budaya dan kerohanian Angkor yang mendalam pastinya akan terus menarik kedatangan semula pelancong antarabangsa, sama ada yang berkunjung buat kali pertama mahupun pelancong berulang," katanya kepada Xinhua.

Advertisement

Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang meliputi kawasan seluas 401 kilometer persegi di Wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja itu kekal sebagai tarikan utama yang menjadi tunjang ekonomi pelancongan negara berkenaan.

Taman bersejarah itu menempatkan 91 kuil purba yang dibina antara abad kesembilan hingga abad ke-13.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement