PDRM tumpas sindiket seleweng diesel subsidi di Puchong, rampasan hampir RM920,000
PDRM menerusi Ops Taring Bravo 1 menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di Puchong, Selangor. Dua lelaki tempatan ditahan manakala 51,900 liter diesel dan pelbagai aset bernilai hampir RM920,000 dirampas.