Pembubaran DUN Melaka Dalam 'dua Jumaat' lagi - Ab Rauf
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan pembubaran DUN Melaka bakal berlaku dalam tempoh dua kali Jumaat lagi bagi memberi laluan kepada PRN. Kenyataan itu menyusul selepas beliau menerima mandat penuh daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan rakan kerjasama parti.