Rakan strategik BN diumum selepas dapat mandat MKT UMNO - Ab Rauf
Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata keputusan mengenai kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN Melaka akan dimuktamadkan selepas rundingan selesai.
Beliau berkata pengumuman rasmi hanya akan dibuat selepas mendapat mandat daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO.