Pemilik pikap, jip yang layak perlu mohon tambahan 100 liter
Pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan kelayakan BUDI Diesel sebanyak 100 liter sebulan, perlu berbuat demikian menerusi portal BUDI MADANI.
Dalam kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), tambahan itu membolehkan jumlah kelayakan bulanan mereka dinaikkan daripada 300 kepada 400 liter bermula Selasa.