Skip to main content

Advertisement

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta di Lebuhraya SUKE

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta di Lebuhraya SUKE

Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 0.3 Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan sekitar jam 5.56 petang itu menyebabkan mangsa berusia 24 tahun parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.