Amerika Syarikat memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan terhadap Iran masih menjadi pilihan sekiranya Tehran mengancam kepentingan atau aset ketenteraan Washington.
Pada masa sama, pentadbiran Donald Trump meneruskan tekanan ekonomi terhadap Iran sambil mengekalkan kehadiran ketenteraan di rantau Asia Barat.